and what's happening on a small island in the Pulau Langkawi
Camping.. Best,mencabar.. Tapi cabarannya teruji time aku menjalani Pendidikan Luar sem lepas.. Seminggu di Pulau Langkawi memerlukan aku berkhemah, berkayak, abseiling dan SURVIVING.. Focus entry kali ini is the bold one, SURVIVING.. 1st sekali bila dengar je ada surviving, pergh..Heaven.. Ada awek- awek mat salleh, pakai bikini, berlari- lari mengejar ketam sambil bayu laut meniup pokok- pokok, melambai menandakan 'SELAMAT DATANG AKMAL ALIF' .. Memang.. Memang Selamat 'datang'.. Damn..
Dah la aku orang 1st yang bukak pulau untuk survivor tu.. Lacturer start letak aku dekat isolated island tu pada pukul 1400 dan akan mengambil semula pada pukul 1430.....ESOK!!! haaa.. Udah.. Macam mana nak makan? Nak tidor? nak mandi? nak berak kencing? .. Dahi mula mengerut, halkum naik turun, taik lalat mengecut tanda resah.. Masa tu aku mula teringat ayat- ayat Al-quran yang bakal menjadi pendiding, peneman sepanjang aku di sana.. Sesampai dekat port.. Ya Allah! terperanjat boboy.. Dan pada saat itu bibirku sudah terkumat- kamit .....Kaku............
Kedatanganku disambut dengan seekor biawak yang sebesar aku! Serius aku tak tipu, memang besar.. Sampai2 je, bertempiaran lari biawak tu, sempat diangkatnya FU** kat aku..Aduh! terlepas makan malam.. Senarnya, aku masa tu takut gila.. Dahla tempat horror, kena sambut pulak dengan biawak besar.. Satu- satu aku dihimpit ketakutan.. Aku diarahkan oleh lecturer untuk mengutip seberapa banyak kayu untuk di buat unggun api, masak makanan yang disediakan dan sediakan tempat untuk tidor (tepung gandum speket, telur sbiji, mancis 3 batang, kentang sebiji, mastin satu, beras sepeket, air sebotol, ground sheet satu, lampu suluh satu dan parang satu).. Mereka akan datang semula untuk pantau dari semasa ke semasa.. Sempo0o0oiii..
Tengah dok asyik mengutip kayu api, tiba aku terdengar bunyi anak kucing.. Eh! Pulak daaaah.. Mana datang kucing pulak nieee.. Setahu saya, lacturer tidak ada disini (ringtone dia bunyi anak kucing).. Kat tengah2 pulau ini macam mana boleh ada kucing.. Takpa, buat rilek.. Gua control nervous, senyum cuak, peluh meleh- leleh..Pergh.. Dan apabila malam menjelang, aku mendongakkan kepala, merenung ke langit.. Matahari berkata 'bye' dan bulan pula berkata 'apehei nie yob, takut ke'.. Memang takot yob.. Baru je terdetik perasaan takut tu, tiba- tiba pulak aku dengar bunyi pompuan, dok gelak tergedik- gedik dalam hutan tuuu.. Yo0o00obb.. Jangan buat macam nie dekat aku yoo0b.. Meremang bulu roma aku.. Takpa, lagi sekali aku buat rilek.. Rilek ja.. Kaki goyang- goyang macam tak da apa- apa.. Taknak layan perasan takut aku tu sangat, aku tidor seawal 2130.. Takut punya pasal..
Selang beberapa jam tiba- tiba aku dengar orang menjerit 'Assalamualaikum' berulang kali.. Aku menjawab dan menyuluh untuk mencari kepastian.. Alhamdulillah, lacturer aku yang datang.. Masa tu dah tak rasa apa- apa dah.. Sempat lagi aku amek gmbar! hahaha.. Kenangan bhai..
Lepas depa nak blah tu, depa pesan 'akmal alif, jangan lupa banyakkan membaca ayat- ayat al-Quran, niat cakap yang kita datang dekat pulau tu nak belajar dan lampu suluh jangan sekali- kali halakan ke atas pokok- pokok' .. Aku mula teringat! Alaahai.. Nape la depa ingatkan time nie.. Pantang masuk hutan, jangan suluh atas pokok sebab tu kawasan makhluk halus berterbangan ..
TUP! Satu stroke jantung aku pam darah.. TUP TUP! dah dua stroke.. Berstroke- stroke la darah aku pam.. Tba- tiba! Tiba- tiba lagiiiii.. Aku dengaq bunyi sama macam senja tadi, bunyi perempuan gelak tergedik- gedik betul- betul kat belakang aku.. Ya Allah.. Semua ayat aku baca.. Nawaitu raf'al hadasil akbharu lillahitaa'la pon aku hantam jugaaak.. Takut punya pasal.. Aku tahan takut aku, pejamkan mata.. Dan terus pejamkan mata.. Akhirnya siang juga.. Alhamdulillah..
Disebabkan bunyi menyeramkan tu jugaklah aku nak terkencing.. Aku tahan.. Tak kire, takut punya pasal. Pagi- pagi, aku pergi ketepi laut, melihat ke kiri dan ke kanan, pelahan- lahan melondehkan seluar dan mencangkung di gigi air laut.. Shhhhhhhhhh.... Waaaa.. Indahnya.. Selamat pagi Pulau Langkawi.. Air kencingku sudah sebati dengan air laut.. Terima kasih kerana engkau meninggalkan 'kenangan' yang bermakna kepada aku dan sebagai balasannya, aku tinggalkan 'kenangan' ku kepadamu.. Yess! yaaaa...
Kepulanganku disambut dengan seribu cerita yang bermain difikiranku..