Friday 4 November 2011

MIRI, SARAWAK



Lama dah tak update my blog..
This time, sharing some of my new experiences..
Ok, tak nak cakap banyak..Lets the pictures tell the story :) ..





-FIRST CHAPTER-

 1st time taking flight, night, departure at Alor Setar- LCCT


 
Excited! Damn..

  
Terpaksa tidur, tunggu next flight ke miri next morning
 


 Check in flight, currently at 4.30 a.m



Going to MIRI at 7.30 a.m! with Hafiz Aizat.. 



Ready to fart, eh..flight..



 One of the view from above.. Subhanallah..



Arrived at IPG Sarawak, petang tu jalan2 kat bandar Miri.. Hot pose..


 END 

-SECOND CHAPTER

Excited for the 1st trip!
 
 
Taking bus to Gua Niah


 Breakfast bersama jack kacuk



 GFY!!



Makan Mee Goreng Basah yang rare! memang basah..amboi..


 
Done breakfast, di Gua Niah dah



 Kalau nak pergi Gua Niah, kena cross sungai yg mmang terkenal dengan buaya..ada kes budak kena makan kot kat area situ..cuak kot!


Gua Niah, ambil masa 2 jam nak masuk sampai sini!



 One of the view in Gua Niah.. Subhanallah..cun!



Rest, sangat2 penat..



 Petang tu jalan2 kat pantai, situated 100m from IPG Sarawak..



Enjoying!



Menu makan malam: Nasi Goreng Ikan Masin.. Serius sedap!

END


-THIRD CHAPTER-


 Next trip pergi Taman Negara Lambir, mandi air terjun wo0o..



Malam tu makan special! Lelapan Ayam..hahah..

END


-FOURTH CHAPTER-

 Pagi2 pegi The Grand Old Lady..We r not gay yaw..haha



 Minuman tengah hari, 1st time tgok CHENDOL Miri!



 Next trip ke Taman Buaya Miri



Sumpah buaya depa besar2..!



 Muka 'Buaya'



 Last day di Miri, sempat pi pantai lagi sekali..hahah



 the scene



Budget tough!


END


-LAST CHAPTER-


 Ready to go shopping for souvenir!



Breakfast dulu baru pi shopping..


 
Last day at Miri, dah sampai airport Miri..

 

 wonder boys


Alhamdulillah, sampai di airport Alor Setar     
  

Everyone have their own experiences. So, this is mine.. InsyaAllah.. Bye2.. :)

 



Sunday 9 October 2011

THANK YOU


Aku cuma ada seorang abang. Usianya dua tahun lebih tua daripada aku. Suatu hari aku pergi ke cybercafe bersama kawan- kawan, ponteng kelas sekolah agama.

Malam itu, ayah pulang daripada bekerja- ayang memanggil aku. Dia meminta aku duduk di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Kamu tak pergi sekolah agama ya?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Aku diam membisu, cuma tunduk memandang lantai.

"Baik, kalau tak mengaku, ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat untuk melepaskan pukulan seulungnya ke belakang aku.

Tiba- tiba, abang menerpa ke arah ayah sambil berkata "Saya yang ajak adik ponteng!"

Belum sempat abang menarik nafas selepas mengungkap kata- kata itu, hayun dan balunan silih berganti menghentam tubuh abang. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan salkit, setitis pun airmata abang tak tumpah. Kemudian aku pula dipukul ayah, tetapi kali ini tidak sekuat abang. Tapi kenapa?

Setelah puas memukul abang dan aku, ayah merungut:

"Kamu sudah belajar ponteng sekolah, ajak adik kamu pula tu. Abang jenis apa kamu ni ha?! Apakah lagi perbuatan kamu yang memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu aku tidur, tetapi terjaga. Emak tak lepas- lepas mendakap abang. Belakang yang dipenuhi calar- balar cuba emak ubati. Namun abang cukup tabah. Setitis air mata pun tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk- cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sendirian kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Abang segera senyum lalu berkata "Jangan menangis dik, semuanya dah lepas" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak membela abang.

Tahun bersilih ganti, peristiwa abang dibelasah kerana mempertahankan aku bagai baru semalam berlaku. Tibanya abang menduduki UPSR, keputusan abang tidak sebagus aku. Ayah berjanji akan memberi RM50 bagi setiap A yang diperoleh, tetapi tidak ditunaikan. Tetapi aku, keputusan UPSR belum diperoleh, saya minta untuk dibeli PS1 sebagai hadiah UPSR yang bakal diperolehi, ayah tunaikan.

Setiap keputusan peperiksaan PMR dan SPM, mesti abang tidak dapat hadiah, tapi aku dapat. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bermonolog "Bestnya! semua dapat!" Aku tidak mengerti ketika itu. Semua barang ayah belikan untukku. Abang? Semua dia beli sendiri, usaha titik peluh sendiri. Kadang- kadang barang yang abang pon dia sanggup berikan kepada aku.

Malam itu aku duduk di bawah lampu mentol di ruang bilik, membelek- belek rak buku. Aku ternampak sebuah buku yang menarik perhatianku. Tertulis nama abang. Aku mengambil dan membukanya perlahan- lahan. Tertulis "Mak dan Ayah selalu menyebelahi adik, semua adik dapat" Jantungku terasa berhenti berdenyut melihat apa yang ditulisnya. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas- kibaskan bebutir pasir dan tompok pada pakaian aku.

Tertulis kisah yang langsung ku ingati "Mak dan Abah janji nak datang ke Hari Sukan Sekolah abang, tapi riak muka pun tak datang. Ketika itu aku ternampak adik datang. Tersenyum daripada jauh sambil menjerit namaku. Walaupun adik yang datang, tetap mengubat perasaan sedihku ini"

"Sejak itulah aku berjanji pada diri sendiri. Aku akan cuba sedaya upaya untuk tolong adik. Aku akan berjanji menjaganya sampai bila- bila"

Sebaik aku membaca buku tersebut, aku peluk buku itu erat- erat. Menangis semahu- mahunya.

Friday 7 October 2011

HANDBALL


Playing handball again after 5 years..
Lacturer, mamber2 yang tak pernah tengok aku main, semua usha padat
'eleh, mamat nie boleh main ke, kecik, opponent semua besar- besar'..
Bermonolog sendirian ~ tersenyum ...


Not as good as before..hahaha..Tapi not bad la.. Fitness kong, perot kong, apa cita? Kong punya pasal, gua cuak.. Di tambah lagi dengan sizing badan yang paling kecik.. Jersi besar gila- gila, pakai L kot.. Bahu usah cita la, takat siku dah nie ha.. Nak ambil air sembahyang pon susah (alasan) .. Adoyai..


Apede hal.. Lastly, semua tu dah tak jadi masalah, no hal chor.. Semua ok.. Alhamdulillah.. Johan IPG zon Utara.. Ok apa, 1st tournament, 1st build team, boleh johan zon utara.. Rezeki.. (^_^)


1st seven = sizing.. Damn



Puas menjaring gol



Baju besar gila!



Opponent IPG Tengku Bainun



Test rumput



Emas = Puas = Riak



Team IPG Kampus Darulaman






Guna pengalaman yang sedia ada dan jangan sesekali pandang rendah dengan kebolehan orang lain

-Tutup buku-




Sunday 7 August 2011

DREAM ON THE WAVE

and what's happening on a small island in the Pulau Langkawi


Camping.. Best,mencabar.. Tapi cabarannya teruji time aku menjalani Pendidikan Luar sem lepas.. Seminggu di Pulau Langkawi memerlukan aku berkhemah, berkayak, abseiling dan SURVIVING.. Focus entry kali ini is the bold one, SURVIVING.. 1st sekali bila dengar je ada surviving, pergh..Heaven.. Ada awek- awek mat salleh, pakai bikini, berlari- lari mengejar ketam sambil bayu laut meniup pokok- pokok, melambai menandakan 'SELAMAT DATANG AKMAL ALIF' .. Memang.. Memang Selamat 'datang'.. Damn..

Dah la aku orang 1st yang bukak pulau untuk survivor tu.. Lacturer start letak aku dekat isolated island tu pada pukul 1400 dan akan mengambil semula pada pukul 1430.....ESOK!!! haaa.. Udah.. Macam mana nak makan? Nak tidor? nak mandi? nak berak kencing? .. Dahi mula mengerut, halkum naik turun, taik lalat mengecut tanda resah.. Masa tu aku mula teringat ayat- ayat Al-quran yang bakal menjadi pendiding, peneman sepanjang aku di sana.. Sesampai dekat port.. Ya Allah! terperanjat boboy.. Dan pada saat itu bibirku sudah terkumat- kamit .....Kaku............




Kedatanganku disambut dengan seekor biawak yang sebesar aku! Serius aku tak tipu, memang besar.. Sampai2 je, bertempiaran lari biawak tu, sempat diangkatnya FU** kat aku..Aduh! terlepas makan malam.. Senarnya, aku masa tu takut gila.. Dahla tempat horror, kena sambut pulak dengan biawak besar.. Satu- satu aku dihimpit ketakutan.. Aku diarahkan oleh lecturer untuk mengutip seberapa banyak kayu untuk di buat unggun api, masak makanan yang disediakan dan sediakan tempat untuk tidor (tepung gandum speket, telur sbiji, mancis 3 batang, kentang sebiji, mastin satu, beras sepeket, air sebotol, ground sheet satu, lampu suluh satu dan parang satu).. Mereka akan datang semula untuk pantau dari semasa ke semasa.. Sempo0o0oiii..

Tengah dok asyik mengutip kayu api, tiba aku terdengar bunyi anak kucing.. Eh! Pulak daaaah.. Mana datang kucing pulak nieee.. Setahu saya, lacturer tidak ada disini (ringtone dia bunyi anak kucing).. Kat tengah2 pulau ini macam mana boleh ada kucing.. Takpa, buat rilek.. Gua control nervous, senyum cuak, peluh meleh- leleh..Pergh.. Dan apabila malam menjelang, aku mendongakkan kepala, merenung ke langit.. Matahari berkata 'bye' dan bulan pula berkata 'apehei nie yob, takut ke'.. Memang takot yob.. Baru je terdetik perasaan takut tu, tiba- tiba pulak aku dengar bunyi pompuan, dok gelak tergedik- gedik dalam hutan tuuu.. Yo0o00obb.. Jangan buat macam nie dekat aku yoo0b.. Meremang bulu roma aku.. Takpa, lagi sekali aku buat rilek.. Rilek ja.. Kaki goyang- goyang macam tak da apa- apa.. Taknak layan perasan takut aku tu sangat, aku tidor seawal 2130.. Takut punya pasal..

Selang beberapa jam tiba- tiba aku dengar orang menjerit 'Assalamualaikum' berulang kali.. Aku menjawab dan menyuluh untuk mencari kepastian.. Alhamdulillah, lacturer aku yang datang.. Masa tu dah tak rasa apa- apa dah.. Sempat lagi aku amek gmbar! hahaha.. Kenangan bhai..




Lepas depa nak blah tu, depa pesan 'akmal alif, jangan lupa banyakkan membaca ayat- ayat al-Quran, niat cakap yang kita datang dekat pulau tu nak belajar dan lampu suluh jangan sekali- kali halakan ke atas pokok- pokok' .. Aku mula teringat! Alaahai.. Nape la depa ingatkan time nie.. Pantang masuk hutan, jangan suluh atas pokok sebab tu kawasan makhluk halus berterbangan ..


TUP! Satu stroke jantung aku pam darah.. TUP TUP! dah dua stroke.. Berstroke- stroke la darah aku pam.. Tba- tiba! Tiba- tiba lagiiiii.. Aku dengaq bunyi sama macam senja tadi, bunyi perempuan gelak tergedik- gedik betul- betul kat belakang aku.. Ya Allah.. Semua ayat aku baca.. Nawaitu raf'al hadasil akbharu lillahitaa'la pon aku hantam jugaaak.. Takut punya pasal.. Aku tahan takut aku, pejamkan mata.. Dan terus pejamkan mata.. Akhirnya siang juga.. Alhamdulillah..


Disebabkan bunyi menyeramkan tu jugaklah aku nak terkencing.. Aku tahan.. Tak kire, takut punya pasal. Pagi- pagi, aku pergi ketepi laut, melihat ke kiri dan ke kanan, pelahan- lahan melondehkan seluar dan mencangkung di gigi air laut.. Shhhhhhhhhh.... Waaaa.. Indahnya.. Selamat pagi Pulau Langkawi.. Air kencingku sudah sebati dengan air laut.. Terima kasih kerana engkau meninggalkan 'kenangan' yang bermakna kepada aku dan sebagai balasannya, aku tinggalkan 'kenangan' ku kepadamu.. Yess! yaaaa...







Kepulanganku disambut dengan seribu cerita yang bermain difikiranku..