Sunday, 9 October 2011

THANK YOU


Aku cuma ada seorang abang. Usianya dua tahun lebih tua daripada aku. Suatu hari aku pergi ke cybercafe bersama kawan- kawan, ponteng kelas sekolah agama.

Malam itu, ayah pulang daripada bekerja- ayang memanggil aku. Dia meminta aku duduk di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Kamu tak pergi sekolah agama ya?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Aku diam membisu, cuma tunduk memandang lantai.

"Baik, kalau tak mengaku, ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat untuk melepaskan pukulan seulungnya ke belakang aku.

Tiba- tiba, abang menerpa ke arah ayah sambil berkata "Saya yang ajak adik ponteng!"

Belum sempat abang menarik nafas selepas mengungkap kata- kata itu, hayun dan balunan silih berganti menghentam tubuh abang. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan salkit, setitis pun airmata abang tak tumpah. Kemudian aku pula dipukul ayah, tetapi kali ini tidak sekuat abang. Tapi kenapa?

Setelah puas memukul abang dan aku, ayah merungut:

"Kamu sudah belajar ponteng sekolah, ajak adik kamu pula tu. Abang jenis apa kamu ni ha?! Apakah lagi perbuatan kamu yang memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu aku tidur, tetapi terjaga. Emak tak lepas- lepas mendakap abang. Belakang yang dipenuhi calar- balar cuba emak ubati. Namun abang cukup tabah. Setitis air mata pun tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk- cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sendirian kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Abang segera senyum lalu berkata "Jangan menangis dik, semuanya dah lepas" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak membela abang.

Tahun bersilih ganti, peristiwa abang dibelasah kerana mempertahankan aku bagai baru semalam berlaku. Tibanya abang menduduki UPSR, keputusan abang tidak sebagus aku. Ayah berjanji akan memberi RM50 bagi setiap A yang diperoleh, tetapi tidak ditunaikan. Tetapi aku, keputusan UPSR belum diperoleh, saya minta untuk dibeli PS1 sebagai hadiah UPSR yang bakal diperolehi, ayah tunaikan.

Setiap keputusan peperiksaan PMR dan SPM, mesti abang tidak dapat hadiah, tapi aku dapat. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bermonolog "Bestnya! semua dapat!" Aku tidak mengerti ketika itu. Semua barang ayah belikan untukku. Abang? Semua dia beli sendiri, usaha titik peluh sendiri. Kadang- kadang barang yang abang pon dia sanggup berikan kepada aku.

Malam itu aku duduk di bawah lampu mentol di ruang bilik, membelek- belek rak buku. Aku ternampak sebuah buku yang menarik perhatianku. Tertulis nama abang. Aku mengambil dan membukanya perlahan- lahan. Tertulis "Mak dan Ayah selalu menyebelahi adik, semua adik dapat" Jantungku terasa berhenti berdenyut melihat apa yang ditulisnya. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas- kibaskan bebutir pasir dan tompok pada pakaian aku.

Tertulis kisah yang langsung ku ingati "Mak dan Abah janji nak datang ke Hari Sukan Sekolah abang, tapi riak muka pun tak datang. Ketika itu aku ternampak adik datang. Tersenyum daripada jauh sambil menjerit namaku. Walaupun adik yang datang, tetap mengubat perasaan sedihku ini"

"Sejak itulah aku berjanji pada diri sendiri. Aku akan cuba sedaya upaya untuk tolong adik. Aku akan berjanji menjaganya sampai bila- bila"

Sebaik aku membaca buku tersebut, aku peluk buku itu erat- erat. Menangis semahu- mahunya.

6 comments: