Saturday 28 July 2012

WE MEET AGAIN


Ramadhan…
Hari ini kau kembali lagi
Syukur, aku masih diberi peluang untuk bersua kembali
Tapi pastinya kau sedih melihatku begini
Keadaanku yang dimamah dosaku sendiri

Tetapi Ramadhan…
Kau tak pernah membiarkan aku keseorangan
Tidak kira segunung dosaku yang mencengkam
Kau datang ingin menghampiri setiap insan
Memberi aku harapan demi harapan
Sedikit demi sedikit menurut detik dan waktu
Menyinarkan dosa-dosa lalu
Pudar palit hitam di jiwa yang rawan

Aku bersyukur

Dan aku berharap tergolong dalam golongan yang bertuah
Bertuah kerana didakap erat olehmu ya Ramadhan....







2 comments:

  1. alhamdulillah.. nikmat besar Allah bagi kat ko Alip.. kehidupan.. = )

    syukur ko da makin sehat.. = )

    ReplyDelete
  2. syukur dpt bertemu lg dgn bulan yg berkat.moga kita sma2 proleh kbaikan dlm bulan ini.

    #knp tak jd cekgu bhs ja??hehe#

    ReplyDelete